BOSS SMK JENGKA 16


BILIK OPERASI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 16

 
Kembali ke Laman Utama
Sejarah BOSS
BOSS SMKJ16 telah beroperasi sejak Sekolah Menengah Jengka 16 dibuka. Pada asasnya BOSS SMKJ16 berfungsi untuk menguruskan Skim Bantuan Buku Teks kepada Para Pelajar.
Terkini !
Mesyuarat BOSS akan diadakan pada setiap hari Isnin di Bilik BOSS selepas perhimpunan rasmi.
Organisasi BOSS
Section Under Construction

Album BOSS
Memaparkan gambar-gambar berkaitan Sejarah BOSS, Aktiviti BOSS dan Lain-lain. Sila klik pilihan anda.
Info BOSS
Tanggungjawab Ibu Bapa dan Murid
Ahad, Mac 23, 2008

Tugas dan Tanggungjawab Ibu Bapa atau Penjaga


Ibu bapa atau penjaga murid perlu memainkan peranan dalam perlaksanaan dan pengurusan SPBT sekolah demi menghargai bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Ibu bapa atau penjaga seharusnya memupuk rasa sayang akan buku teks di kalangan anak mereka. Mereka seharusnya menjamin keselamatan buku berkenaan.

Oleh itu, ibu bapa atau penjaga mempunyai tugas atau tanggungjawab seperti berikut:

i) memberi maklumat yang tepat dan benar dalam pengisian Borang Kelayakan Murid (Borang SPBT 1).

ii) Memupuk sikap sayang akan buku teks SPBT kepada anak/tanggungan mereka.

iii) Memastikan buku teks yang diupinjam oleh anak/tanggungan mereka dikembalikan pada masa yang ditetapkan.

iv) Menggantikan buku teks yang dihilangkan atau dirosakkan oleh anak/tanggungan mereka.

v) Memastikan anak/tanggungan ibu bapa atau penjaga membawa buku teks mengikut jadual yang ditetapkan oleh sekolah.

Tugas dan Tanggungjawab Murid

Dalam pelaksanaan SPBT di sekolah, kesedaran di kalangan murid dalam menghargai bantuan yang diberikan kepada mereka adalah amat penting. Mereka seharusnya dipupuk dengan rasa kesedaran atas sumbangan yang disediakan oleh kerajaan dalam pendidikan mereka. Oleh itu, murid perlu memainkan peranan mereka dengan tugas dan tanggungjawab seperti yang berikut:


i) Murid sebagai pengguna buku teks hendaklah menghargai sumbangan kerajaan

ii) Murid hendaklah mempunyai sikap tanggungjawab dan sayang akan buku teks dengan cara:

· Mebalut buku teks.

· Menjaga kebersihan dan keselamatan buku teks.

· Mengembalikan buku teks yang dipinjam pada masa yang ditetapkan.

iii) Murid hendaklah mengisi maklumat diri yang lengkap sebagai peminjam di ruang yang disediakan Cap SPBT.

posted by BOSS SMKJ16 @ Ahad, Mac 23, 2008   0 comments
Guru BOSS

Nama : Encik Mohamad Zulkipli bin Tubo
Telefon: 09-4663789
E-Mail : bosssmkj16@yahoo.com
Lihat Profil Lengkap
Pos Terkini
Arkib
Pautan




Powered by

BLOGGER


|Pos Terdahulu| Laman Utama|
© 2008 BOSS SMKJ16 by WEBMASTER