Tugas dan Tanggungjawab Ibu Bapa atau Penjaga
Ibu bapa atau penjaga murid perlu memainkan peranan dalam perlaksanaan dan pengurusan SPBT sekolah demi menghargai bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Ibu bapa atau penjaga seharusnya memupuk rasa sayang akan buku teks di kalangan anak mereka. Mereka seharusnya menjamin keselamatan buku berkenaan. Oleh itu, ibu bapa atau penjaga mempunyai tugas atau tanggungjawab seperti berikut:
i) memberi maklumat yang tepat dan benar dalam pengisian Borang Kelayakan Murid (Borang SPBT 1).
ii) Memupuk sikap sayang akan buku teks SPBT kepada anak/tanggungan mereka.
iii) Memastikan buku teks yang diupinjam oleh anak/tanggungan mereka dikembalikan pada masa yang ditetapkan.
iv) Menggantikan buku teks yang dihilangkan atau dirosakkan oleh anak/tanggungan mereka.
v) Memastikan anak/tanggungan ibu bapa atau penjaga membawa buku teks mengikut jadual yang ditetapkan oleh sekolah.
Tugas dan Tanggungjawab Murid
Dalam pelaksanaan SPBT di sekolah, kesedaran di kalangan murid dalam menghargai bantuan yang diberikan kepada mereka adalah amat penting. Mereka seharusnya dipupuk dengan rasa kesedaran atas sumbangan yang disediakan oleh kerajaan dalam pendidikan mereka. Oleh itu, murid perlu memainkan peranan mereka dengan tugas dan tanggungjawab seperti yang berikut:
i) Murid sebagai pengguna buku teks hendaklah menghargai sumbangan kerajaan
ii) Murid hendaklah mempunyai sikap tanggungjawab dan sayang akan buku teks dengan cara:
· Mebalut buku teks.
· Menjaga kebersihan dan keselamatan buku teks.
· Mengembalikan buku teks yang dipinjam pada masa yang ditetapkan.
iii) Murid hendaklah mengisi maklumat diri yang lengkap sebagai peminjam di ruang yang disediakan Cap SPBT.
|