BOSS SMK JENGKA 16


BILIK OPERASI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 16

 
Kembali ke Laman Utama
Sejarah BOSS
BOSS SMKJ16 telah beroperasi sejak Sekolah Menengah Jengka 16 dibuka. Pada asasnya BOSS SMKJ16 berfungsi untuk menguruskan Skim Bantuan Buku Teks kepada Para Pelajar.
Terkini !
Mesyuarat BOSS akan diadakan pada setiap hari Isnin di Bilik BOSS selepas perhimpunan rasmi.
Organisasi BOSS
Section Under Construction

Album BOSS
Memaparkan gambar-gambar berkaitan Sejarah BOSS, Aktiviti BOSS dan Lain-lain. Sila klik pilihan anda.
Info BOSS
Hargai Buku Teks Percuma Untuk Semua
Jumaat, Januari 04, 2008
Hargai Buku Teks Percuma Untuk Semua

Tarikh: 07/02/2006 Sumber: Utusan Malaysia

Memberi buku teks percuma kepada semua warga Malaysia merupakan langkah yang mesti dilaksanakan ketika negara mahu mengharungi tahun 2020 atau pada ketika itu kita berada di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11). Rancangan Malaysia ke-9 sehingga RMK-11 merupakan julat tempoh yang cukup penting bagi kita sebagai bangsa yang menetapkan satu tarikh matlamat untuk bertindak.

Kita menyokong langkah itu kerana pada 2020, kita mahu setanding dengan negara maju yang sifar keciciran dan buta huruf. Selain itu, kita tidak mahu menangguhkan lagi pendidikan wajib pada Wawasan 2020. Wawasan 2020 ialah kata yang mesti dikota. Ia juga selari dengan matlamat memperkasakan sekolah kebangsaan, iaitu satu usaha paling getir tapi perlu digalas walau terpaksa berlutut dan bersiku.

Usaha ini sangat kritikal ketika Kementerian Pelajaran mahu bergelut dengan masalah membaca, menulis dan mengira (3M) atau sekurang-kurangnya menulis dan membaca terlebih dahulu. Agenda besar ini bukan boleh diselesaikan dalam sehari. Jika konsep buku teks untuk semua dilaksanakan, kerajaan perlu menyediakan peruntukan tambahan RM117 juta setiap sesi. Perkara itu pernah disebut oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, P.Komala Devi pada persidangan Dewan Negara hujung tahun lepas.

Dengan kenaikan bahan bakar, sudah tentu kos itu meningkat lagi, apatah lagi dasar itu hanya dilaksanakan pada 2008. Kita bolehlah bersorak tetapi janganlah sehingga kampung tergadai. Sebagai warganegara Malaysia yang mempunyai anak di bangku sekolah, kita bertanggungjawab membantu usaha kerajaan itu. Sebagai contoh, jika ibu bapa berada pada paras pendapatan tertentu diminta membayar tambahan yuran pada masa akan datang, janganlah merungut.

Sumbanglah sedikit, jangan tiada langsung. Strategi Pembestarian semua sekolah mungkin boleh meringankan beban kerajaan kerana kos kertas dan bahan cetak berlipat kali ganda lebih mahal berbanding kos sekeping cakera padat.

Memang kos untuk menghasilkan bahan multimedia cukup mahal tetapi kos penerbitan dan pengeluarannya jauh lebih rendah. Kita mengalu-alukan langkah memberikan bantuan buku teks kepada semua rakyat, jika kita melihat jauh ke hadapan demi anak-anak kita.

Label:

posted by BOSS SMKJ16 @ Jumaat, Januari 04, 2008  
1 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
Guru BOSS

Nama : Encik Mohamad Zulkipli bin Tubo
Telefon: 09-4663789
E-Mail : bosssmkj16@yahoo.com
Lihat Profil Lengkap
Pos Terkini
Arkib
Pautan




Powered by

BLOGGER


|Pos Terdahulu| Laman Utama|
© 2008 BOSS SMKJ16 by WEBMASTER